ShoutMix chat widget
[close]

bisnes segar bugar

Tuesday, September 28, 2010

wanna be gud muslimah

celoteh oleh Iki SYa at 6:35 PM

SOLAT DIAKHIR WAKTU..

Ada cerita kalau kita lewatkan solat kita. Jika berpuasa amalan kita terus kepadaNya tapi jika bersolat ada pula posmen untuk hantar amalan kita kepadaNya...
Kisahnya??Setiap kita ada malaikat. Malaikat yang hantar solat kita pada Ilahi. Untuk sampaikan amaln kita, ia melalui tol-tol di setiap lapisan langit di mana setiap penjaga tol kroni malaikat juga. Jika solat di awal waktu, tolnya 'free'. Sekatan tol tiada 'jam'. Malaikat terus sampaikan amalan kita pada Tuhan untuk dinilai tapi jika solat akhir waktu, tolnya 'free' juga tapi sekatannya, MasyaAllah!
Di langit pertama penjaga tol marahkan posmen kita, kenapa lewat poskan amalan? Posmen malaikat kita merayu-rayu minta diberi laluan, tetapi penjaga langit pertama tak heran. Dicampak amalan lewat solat tadi ke bumi maka jatuh berderai..Dikutip semula oleh malaikat posmen kita satu persatu sambil terus merayu ke lapisan langit kedua. Di langit kedua, samalah juga, bebelan malaikat kerana lewat hantar amalan. Merayu lagi posmen kita. Tak dipedulikan. Lalu dilemparkan amalan solat lewat kita tadi, jatuh berderai lagi..Dikutip satu persatu amalan kita, dirayu lagi untuk serahkan amalan kita pada Tuhan. Di langit ketiga? la..kena basuh lagi malaikat posmen kita. Kenapa lewat hantar amalan tersebut? Tiada kompromi, terus dibaling amalan kita, jatuh berderai dan tak dikutip dan dirayu lagi. Maka, tak sampailah amalan kita padaNya..Seolah-olah kita tak solat juga. Maka bersedialah kita menerima pembalasan dari Allah. Tak di dunia, di akhirat nanti. Hilang duit, hati risau, tender ditolak, ujian bertimpa-timpa..ish..Tak berbaloikan kita buat amalan tapi tak sampai. Dahlah tu, tak ada nilai. Kena azab lagi nanti. Jangan terlampau sibuk belajar sampai solat diakhir waktu. Utamakan solat supaya apa yg kita belajar diberkati.Ya Allah! Ampunkan kami kerana lalai! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun Lagi Maha Penyayang. Jadikan hati kami suka solat awal waktu. Gawatkan hati kami selagi kami tidak solat. Biarlah kami gawat di dunia agar kami tidak gawat di Hari Akhirat kelak. Amin..
INGAT MATLAMAT KEHIDUPAN KITA UTK BERIBADAH & MNDPT REDHA ALLAH SWT..UTAMAKAN MATLAMAT..

0 orang yang soksek2:

Post a Comment

say wat you want to say .. =)

sepatah dua kata



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
 

Iki Sya: It's about reality not fantasy Copyright © 2011 Design by Ipietoon Blogger Template | Illustration by Enakei | Gossip Celebrity